Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Spiderman’ semakin pulih dari kecederaan

    Pelakon Spiderman, Tom Holland melaporkan maklumat terkini mengenai kesihatannya yang beransur hujung minggu lalu selepas dia mengalami gegaran otak semasa menjalani penggambaran di set filem Spider-Man: Brand New Day.

    Penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan sementara minggu lalu kerana kecederaan yang dialami pelakon berusia 29 tahun itu.

    Dia dipercayai terjatuh sehingga menyebabkan kepalanya terhentak ketika penggambaran di Leavesden Studios, Watford dan dikejarkan ke hospital selepas insiden tersebut.

    “Saya berasa lebih baik dan semakin pulih,” kata Holland dalam video bersama teman wanitanya Zandaya dan keluarga semasa menghadiri satu acara amal.

    Filem Brand New Day yang dijadualkan untuk tayangan pada 31 Julai nanti akan dibintangi Mark Ruffalo, Jon Bernthal, Jacob Batalon, Sadie Sink, Tramell Tillman dan Michael Mando. – Agensi

    Tom Holland melaporkan bahawa dia kini beransur pulih. – UPI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda