Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Spieth musnahkan harapan Cantlay, menang PGA Heritage

    WASHINGTIN, 18 APRIL – Pemenang utama tiga kali, Jordan Spieth menewaskan Patrick Cantlay dengan par di lubang playoff pertama untuk memenangi gelaran Heritage PGA Amerika Syarikat (AS) selepas pusingan akhir perlawanan penentuan kelmarin.

    Spieth memukul dari bunker dalam jarak beberapa inci berdekatan dengan lubang di par-empat ke-18 dan melakukan tap-in untuk memperoleh par ketika juara Piala FedEx, Cantlay melakukan pukulan dari bunker yang sama hingga 25 kaki melepasi lubang dan tidak dapat membuat pukulan jarak jauh untuk melanjutkan playoff tersebut.

    “Saya berasa saya berada di tempat yang baik. Hanya perlu memberi peluang kepada diri saya sendiri,” kata Spieth. “Rasanya luar biasa.

    Cantlay hanya mampu mengeluh kerana angin selepas pukulan kesembilannya dari kawasan berumput mengikuti bola Spieth ke dalam bunker dan tersekat.

    “Ia mengalami tiupan angin yang berbeza daripada yang saya jangkakan,” kata Cantlay. “Sepatutnya angin bertiup ke arah kanan. Saya berasa agak terkejut.

    “Jelas sekali dengan keadaan bola tersekat seperti itu, hampir mustahil untuk memukulnya memasuki lubang.” – AFP

    Reaksi Jordan Spieth bersama trofinya selepas memenangi playoff dalam kejohanan Heritage di Harbor Town Golf Links. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...