Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sporting singkirkan Arsenal

    LONDON, 17 MAC – Harapan Arsenal untuk meraih kejuaraan Eropah berakhir apabila pendahulu Liga Perdana itu tersingkir daripada Liga Europa oleh Sporting Lisbon semalam dalam penentuan sepakan penalti.

    Lisbon mara ke suku akhir dengan menang 5-3 dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Emirates selepas terikat 1-1 pada pusingan kedua 16 perlawanan.

    Perlawanan pertama berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

    Gabriel Martinelli gagal menukar tempat untuk Arsenal.

    “Ia satu tamparan hebat,” kata pengurus Arsenal Mikel Arteta kepada BT Sport.

    “Terdapat detik-detik, terutamanya dalam 75 minit pertama, apabila kami tidak beraksi pada tahap terbaik dan membiarkan setiap bola dikuasai pasukan lawan.”

    Sementara itu, Manchester United mara ke suku akhir dengan kemenangan 1-0 di Real Betis.

    Arsenal mendominasi masa tambahan dengan Martin Odegaard masuk sebagai pemain gantian tetapi penjaga gol Sporting, Antonia Adan melakukan beberapa penyelamatan yang menakjubkan untuk membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

    Manuel Ugarte dilayangkan kad merah dua minit sebelum tamat masa tambahan selepas menerima kad kuning kedua.

    Granit Xhaka memberikan Arsenal gol pendahuluan pada separuh masa pertama, sementara tendangan Martinelli ke arah gol berjaya dihalang Adan tetapi bola masuk ke laluan Xhaka yang memberikan kelebihan kepada kapten Arsenal itu untuk melencongkannya ke gawang dari dalam kawasan kotak penalti. – AP

    Julian Alvarez semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di stadium Selhurst Park, London, Sabtu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda