Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spotify rekodkan lebih 200 juta pelanggan berbayar

    STOCKHOLM, 31 JAN – Syarikat gergasi penstriman muzik, Spotify hari ini melaporkan sejumlah 205 juta pelanggan berbayar pada penghujung 2022, mengatasi jangkaan, tetapi kerugiannya semakin teruk.

    Syarikat Sweden itu, mengumumkan minggu lepas, ia akan mengurangkan hampir enam peratus tenaga kerjanya untuk mengurangkan kos, mencatatkan kerugian bersih sebanyak 430 juta euro (AS$465 juta) untuk tahun itu.

    Penganalisis telah meramalkan kerugian sebanyak 441 juta euro, menurut Factset.

    Hasil keuntungan untuk tahun penuh juga sedikit melebihi jangkaan, dengan kadar 11.7 bilion euro atau meningkat 21 peratus daripada tahun sebelumnya.

    Bilangan pelanggan berbayar meningkat sebanyak 14 peratus kepada 205 juta, melebihi jangkaan penganalisis sebanyak 202 juta, yang mana kumpulan itu merupakan hasil pertumbuhan kukuh di semua wilayah, terutamanya di Amerika Latin.

    Ini adalah pertama kali Spotify berhasil merekodkan lebih 200 juta pelanggan berbayar.

    Antara lain, syarikat itu berkata, ia telah mendapat manfaat daripada kempen promosi, musim cuti yang kukuh dan pertumbuhan yang kukuh dalam kalangan pengguna Gen Z.

    Jumlah pengguna bulanan, termasuk pelanggan yang menggunakan versi percuma, berjumlah 489 juta pada akhir tahun dan sepatutnya mencapai 500 juta pada 2023, kata Spotify.

    Platform itu, yang berpangkalan di Stockholm tetapi disenaraikan di New York, hanya sekali-sekala mencatatkan keuntungan suku tahunan sejak dilancarkan.

    Ia kerap mencatatkan kerugian tahunan, walaupun terdapat pertumbuhan pelanggan yang kukuh dan memiliki kelebihan berbanding pesaingnya seperti Apple Music dan Amazon Music.

    Pengasas dan ketua eksekutif Spotify, Daniel Ek minggu lepas mengumumkan kumpulan itu telah mengurangkan kira-kira 600 jawatan, daripada sekitar 10,000, berikutan langkah serupa oleh industri gergasi teknologi yang lain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda