Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SPRM rakam percakapan 18 ADUN Sabah berkaitan perolehan projek mineral

    PUTRAJAYA, 21 JAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses siasatan telah selesai dan pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

    “Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan pegawai penyiasat supaya melengkapkan beberapa keterangan dan perlu disiapkan sebelum berakhirnya bulan ini.

    “Saya beri jaminan, pada bulan Februari ini, saya sendiri akan maklumkan perkembangan terbaharu,” katanya pada sidang media khas hari ini.

    Azam berkata SPRM membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 selain turut dibantu polis Sabah.

    Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan mengenai beberapa rakaman video memaparkan ADUN didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di sebuah negeri.

    Perbincangan dalam video itu melibatkan seorang ahli perniagaan yang meminta ahli politik termasuk mereka yang memegang jawatan kanan, memulangkan wang itu apabila lesen untuk projek tersebut dibatalkan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda