Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    SPRM tahan penolong pegawai perubatan, empat jururawat

    KOTA KINABALU, 10 SEPT – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang penolong pegawai perubatan dan empat jururawat bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM146,000.

    Menurut sumber, kesemuanya terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita berusia 30an dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja lebih masa dari 2020 hingga 2021, sedangkan perkara berkenaan tidak dilaksanakan.

    “Mereka ditahan kira-kira 9:40 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah,” kata sumber itu.

    Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda