Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura akan keluar surat tawaran kepada 900 bakal jemaah haji

    SINGAPURA, 28 NOV – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan mengeluarkan Surat Tawaran menunaikan haji kepada 900 bakal jemaah musim Haji 2024 (1445H).

    MUIS dalam laman sesawangnya menyebut bahawa pihaknya turut melantik lapan ejen pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan haji kepada bakal jemaah bagi musim haji tahun depan.

    Sejumlah 23 pakej yang diluluskan itu meliputi lapan pakej jangka pendek dengan tempoh penginapan tidak melebihi 19 hari dan 15 lagi merupakan pakej jangka panjang dengan setiap satu tidak melebihi 28 hari.

    Pakej terendah berharga S$6,990 (empat orang sebilik), manakala pakej termahal pada S$23,395 (dua sebilik).

    Secara purata, MUIS berkata harga pakej haji secara relatifnya masih sama seperti tahun lepas sebanyak S$11,595. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda