SINGAPURA, 29 OKT – Singapura akan menarik balik sekatan sempadannya bagi pelawat dari Tanah Besar China dan Negeri Victoria di Australia mulai 6 November 2020, demikian menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam republik itu (CAAS) hari ini.
Menurut agensi itu, kedua-dua negara memiliki sistem pengawasan kesihatan awam yang menyeluruh serta membuktikan bahawa mereka berjaya mengawal penularan virus COVID-19.
Sepanjang tempoh 28 hari lepas, Tanah Besar China dan Victoria masing-masing mempunyai insiden penularan tempatan virus itu pada kadar 0.00009 dan 0.099 bagi setiap 100,000 penduduk. – Bernama