Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    S’pura digesa tangguh hukuman mati penyeludup dadah

    KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 4 JULAI – Aktivis antihukuman mati di Malaysia hari ini menggesa kerajaan Singapura untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati seorang warga Malaysia yang disabit bersalah menyeludup dadah minggu ini, yang kedua dalam tempoh kurang daripada tiga bulan.

    Kalwant Singh, yang disabit bersalah pada 2016 kerana membawa heroin ke Singapura, dijadualkan dihukum gantung pada Khamis, aktivis-aktivis berkata. Pelaksanaan hukuman mati ke atas seorang lagi warga Malaysia pada April lalu telah mencetuskan bantahan antarabangsa kerana dia dipercayai orang kurang upaya dari segi mental.

    Rangkaian Antihukuman Mati Asia menyerahkan satu kenyataan kepada suruhanjaya Singapura untuk menggesa pelaksanaan hukuman mati Kalwanta ditangguhkan bagi memberinya peluang memfailkan rayuan.

    Ia menyatakan bahawa Kalwat, yang berusia 23 tahun apabila ditahan pada 2013, telah diancam dengan keganasan dan dipaksa untuk membuat penghantaran dadah ke Singapura.

    Ia berkata bahawa hukuman mati itu tidak akan menghalang penyeludup-penyeludup dadah dan sindiket-sindiket terancang.

    “Ketegasan kerajaan Singapura dalam mengekalkan dan menggunakan hukuman mati hanya akan membawa kepada kecaman global dan mencemarkan imej Singapura sebagai sebuah negara membangun di sisi kedaulatan undang-undang,” tambahnya.

    Pelaksanaan hukuman mati seorang penyeludup dadah Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam pada April lalu telah mencetuskan kecaman antarabangsa kerana dia dipercayai orang kurang upaya dari segi mental dengan IQ 69.

    Seorang lagi penyeludup dadah warga Malaysia yang dijadualkan menjalani hukuman gantung pada April telah diberikan penangguhan menanti keputusan cabaran undang-undang. – AP

    Aktivis antihukuman mati menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan hukuman mati seorang lagi warga Malaysia yang disabit bersalah menyeludup dadah, kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...