SINGAPURA, 3 OGOS – Singapura melaksanakan hukuman mati kelima tahun ini dan yang ketiga dalam masa hanya seminggu, terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun atas kesalahan menyeludup heroin, kata pihak berkuasa hari ini.
Mohammed Shalleh Abdul Latiff dihukum mati kerana memiliki sekitar 55 gram heroin ‘dengan tujuan menyeludupnya,’ dalam 2019.
Hukumannya dilaksanakan pada hari ini, menurut Biro Pusat Narkotik dalam satu kenyataan.
Menurut fakta mahkamah, Mohammed Shalleh bekerja sebagai pemandu penghantaran sebelum penangkapannya dalam 2016. – AFP