Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura ketatkan undang-undang seksual dalam talian

    SINGAPURA, 7 Mei – Singapura mengharamkan ‘porno balas dendam dan ‘cyber flashing’ yang bermakna memperlihatkan sekilas alat sulit di ruang maya – dalam tindakan keras terbaharu negara itu ke atas jenayah seksual online.

    Porno balas dendam yang bermakna apabila bekas teman wanita atau lelaki mengongsikan gambar atau video tanpa kebenaran, sudah menjadi satu masalah global kerana kecanggihan teknologi dan populariti media sosial, dengan banyak kerajaan merangka rang undang-undang membantahnya.

    Parlimen Singapura meluluskan rang undang-undang itu pada Isnin yang menjadikan pengedaran atau ancaman untuk mengedarkan imej-imej intim sebagai satu jenayah, boleh dihukum sehingga lima tahun penjara, selain denda dan rotan.

    “Imej-imej intim boleh dikongsi secara meluas dalam talian dan di platform-platform media sosial, dan mungkin akan dikeluarkan secara menyeluruh. Ia berpotensi besar menjejaskan mangsa,” kata Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K.Shanmugam.

    Manakala ‘cyber flashing’ pula boleh dikenakan hukuman sehingga setahun penjara atau denda. Jika orang yang menerimanya berusia kurang 14 tahun, hukuman adalah sehingga dua tahun penjara, denda dan rotan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda