Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura kutuk ujian peluru berpandu balistik Korea U

    SINGAPURA, 21 FEB – Singapura mengutuk sekeras-kerasnya ujian peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini termasuk ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pada Sabtu lepas, menurut Kementerian Luar (MFA) hari ini.

    “Seperti ujian peluru berpandu sebelum ini, ini merupakan provokasi berbahaya yang akan memburukkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea serta menjejaskan kestabilan di rantau ini. Ia juga merupakan pelanggaran terhadap Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” menurut MFA dalam satu kenyataan. 

    Singapura mengulangi gesaan sebelum ini supaya Korea Utara menghentikan serta-
    merta semua provokasi dan mematuhi obligasi dan komitmen antarabangsanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda