Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura laksana hukuman mati ke-5 sejak Mac

    SINGAPURA, 22 JULAI – Singapura telah melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang penyeludup dadah hari ini, pelaksanaan hukuman mati yang kelima di negara bandar itu sejak Mac, selepas sebuah mahkamah menolak permohonan rayuan terakhir dan meskipun dengan rayuan-rayuan bagi belas kasihan.

    Pada hari ini, seorang lelaki warga Singapura, Nazeri Lajim telah menjalani hukuman mati di penjara, perkhidmatan penjara memaklumkan AFP dalam satu kenyataan.

    Lelaki berusia 64 tahun itu telah disabit bersalah pada 2017 kerana memiliki 33 gram heroin “bagi tujuan penyeludupan”, menurut agensi penguatkuasaan dadah Singapura.

    Ini cukup untuk “menampung ketagihan kira-kira 400 pengguna selama seminggu”, tambah agensi berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda