Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    S’pura lancar duit syiling S$10 sempena ulang tahun kelahiran Lee Kuan Yew

    SINGAPURA, 15 MEI – Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) hari ini melancarkan syiling S$10 sempena memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran Perdana Menteri
    Singapura, Lee Kuan Yew (LKY100).

    “Syiling itu sebagai penghormatan ke atas visi strategik, keberanian dan semangat kental Lee yang mengubah Singapura daripada pelabuhan perdagangan serantau kepada
    hab pembuatan, perniagaan dan kewangan global, mewujudkan peluang untuk semua rakyat Singapura,” menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dari 15 Mei hingga 9 Jun 2023 dan terbuka kepada Warganegara Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR) sahaja.

    “Syiling LKY100 akan tersedia mulai September 2023,” menurut MAS.

    Bagaimanapun, syiling yang tidak ditukar sepanjang tempoh kutipan akan dibuka kepada orang awam termasuk bukan warga Singapura.

    Syiling berkenaan berwarna emas, ditempa dalam gangsa aluminium berdiameter 30mm.
    – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -