Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun

    SINGAPURA, 24 JAN – Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020.

    MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.

    “Pelarasan berhemah ini konsisten dengan laluan pengukuhan sederhana dan beransur-ansur bagi jalur dasar S$NEER untuk memastikan kestabilan harga jangka sederhana,” menurut kenyataan dasar monetari MAS.

    Bank pusat dan pengawal selia kewangan itu turut menyatakan ia akan memantau dengan teliti perkembangan ekonomi global dan domestik serta kekal berwaspada terhadap risiko kepada inflasi dan pertumbuhan.

    MAS berkata momentum pertumbuhan Singapura dijangka perlahan tahun ini selepas mencatat prestasi memberangsangkan pada separuh kedua 2024 (H2 2024), dengan tahap output dijangka hampir mencapai potensi ekonomi negara itu secara keseluruhan bagi 2025. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda