Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura luah kebimbangan

    SINGAPURA, 27 Feb – Singapura melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap ketegangan yang meningkat antara India dan Pakistan berikutan serangan pengganas di Pulwana, India pada 14 Feb, 2019, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Singapura.

    “Kami menyeru kedua-dua pihak untuk memastikan supaya semua orang awam selamat,” kata MFA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Kementerian berkenaan menasihatkan warga Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak perlu ke Jammu & Kashmir di India, dan ke Pakistan.

    “Pengembara juga harus berhati-hati di kawasan lain terutama di wilayah sempadan antara Pakistan dan India memandangkan keadaan keselamatan yang tidak menentu,” kata kenyataan itu.

    Kementerian berkata beberapa bandar raya termasuk New Delhi dan Mumbai, dan daerah sempadan Kutch, Banaskantha, dan Patan di Gujarat telah diletakaan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi.

    Ada juga laporan mengenai penutupan lapangan terbang dan pembatalan penerbangan di beberapa negeri di India termasuk Jammu & Kashmir, Punjab, Himachal Pradesh, Rajasthan, dan Uttarakhand, kata MFA.

    Kementerianitu berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan juga telah menutup ruang udaranya bagi semua penerbangan komersial dan terdapatjuga laporan yang diterima mengenai pembatalan penerbangan di seluruh Pakistan.

    Warga Singapura yang sudahpun berada di India dan Pakistan hendaklah mengambil langkah berjaga-jagha untuk memastikan keselamatan diri mereka.

    Mereka dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan melalui berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, kata MFA. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda