SINGAPURA, 31 JULAI – Singapura yang memasuki minggu keenam selepas pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosialnya, merekodkan 396 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini berjumlah 52,205 kes. Dalam data ringkas yang dikeluarkan tengah hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan sebahagian besar kes melibatkan pekerja asing yang