Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura sumbang AS$50,000 kepada Pakistan

    SINGAPURA, 31 OGOS – Kerajaan Singapura akan menyumbang AS$50,000 sebagai menyokong usaha mengumpul dana awam Palang Merah Singapura (SRC) untuk krisis kemanusiaan akibat bencana banjir di Pakistan, menurut Kementerian Luar republik itu.

    Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan kerajaan Singapura akan menambah ikrar SRC sebanyak S$50,000 untuk menyokong keperluan segera termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, penyelesaian air bersih dan sanitasi, dan barangan kebersihan kepada komuniti terjejas.

    Pakistan pada 26 Ogos dilaporkan merayu bantuan antarabangsa bagi menangani bencana banjir yang menyebabkan lebih 30 juta orang kehilangan tempat tinggal. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda