Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura tawar diri jadi tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2030

    SINGAPURA, 17 NOV – Singapura telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2030, lapor The Straits Times (ST).

    Perdana Menteri, Lawrence Wong berkata ini adalah satu daripada cara negara itu akan menyumbang untuk memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif, dengan latar belakang persaingan geopolitik yang semakin meningkat dan sokongan yang semakin lemah terhadap perdagangan bebas.

    Wong, yang juga Menteri Kewangan memberitahu pemberita pada akhir sidang kemuncak tahun ini di Peru bahawa Singapura melihat APEC sebagai platform yang bernilai dan akan memainkan peranannya untuk menyokong perkumpulan itu dalam pelbagai cara, termasuk menganjurkan sidang kemuncak APEC.

    Singapura adalah antara 12 ahli pengasas APEC yang ditubuhkan pada 1989. Kali terakhir ia memegang jawatan Pengerusi APEC pada 2009.

    Wong menekankan kebimbangan pada sidang kemuncak tahun ini mengenai sokongan yang semakin lemah untuk globalisasi dan perdagangan bebas. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda