Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs akan terus berjuang – Vertonghen

    LONDON, 7 April – Jan Vertonghen percaya Tottenham telah mempamerkan kekuatan mereka ketika mereka berusaha untuk mengatasi pendahulu Liga Perdana, Chelsea.

    Pasukan kendalian Mauricio Pochettino itu menghadapi Watford esok selepas kebangkitan dramatik dalam kemenangan 3-1 di Swansea yang terus menghidupkan harapan mereka untuk mengurangkan pendahuluan Chelsea kepada tujuh mata.

    Tottenham dilihat hampir mengalami kekalahan yang sudah pasti membunuh harapan mereka sehingga mereka menghasilkan tiga mata pada saat-saat akhir perlawanan yang diadakan di Stadium Liberty.

    Setelah kekurangan dalam usaha mereka untuk menekan juara Leicester musim lalu, pasukan kendalian Pochettino terdesak untuk membuat perubahan dan Vertonghen menegaskan Tottenham sekarang berupaya bagi mengukuhkan cabaran terhadap gelaran.

    “Kami telah menunjukkannya pada tahun lepas atau dua tahun lalu apa yang mampu kami lakukan. Orang ramai selalu berkata Tottenham mampu menewaskan pasukan–pasukan kecil tetapi bukan pasukan besar,” kata Vertonghen.

    “Dalam tempoh beberapa tahun lalu, kami melakukan keduanya. Banyak pasukan sekarang memikirkan kami apabila mereka bercakap mengenai memenangi liga atau menamatkan empat kedudukan teratas. Sebelumnya, ia selalu ‘Tottenham akan menamatkan tangga kelima atau keenam’.

    “Sejak dua musim lalu, kami membuktikan di mana kami berada. Kami memiliki beberapa kualiti yang besar.

    “Saya tidak tahu apa yang penting untuk memenangi liga, mungkin sedikit nasib, tetapi terdapat sesuatu yang istimewa mengenai barisan pemain ini.

    “Chelsea dilihat begitu kuat. Kami tidak berhenti memberikan persaingan bagi merebut gelaran dan mengimpikan mengenainya, tetapi mereka memiliki kemenangan besar ke atas Manchester City dan jurang masih lagi tujuh mata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda