Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs bangkit ikat United

    LONDON, 28 APRIL – Tottenham bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat keputusan seri 2-2 dengan Manchester United semalam sementara Newcastle semakin menghampiri kejuaraan Liga Juara-Juara dengan membelasah Everton 4-1.

    Spurs dibelasah 6-1 oleh Newcastle pada Ahad untuk menamatkan empat perlawanan di bawah kendalian pengurus sementara, Cristian Stellini.

    United kini enam mata di hadapan Spurs yang menduduki tangga kelima dengan kelebihan dua perlawanan dalam tangan sekali gus menyukarkan peluang skuad London itu untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Jadon Sancho dan Marcus Rashford meletakkan United 2-0 pada babak pertama tetapi dua jaringan Pedro Porro dan Son Heung-min selepas rehat menyelamatkan tuan rumah.

    “Saya rasa kami tidak begitu bagus sepanjang 90 minit,” akui bos United, Erik ten Hag. “Selepas separuh masa kami terpaksa menjaringkan satu lagi gol.”

    Aksi Casemiro (kiri) dan Harry Kane semasa perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di White Hart Lane di London pada 27 April. – AP

    Sancho hampir menggandakan jaringan selepas 19 minit apabila percubaannya diselamatkan di atas garisan oleh Ivan Perisic.

    Pertahanan Tottenham, Porro merapatkan jurang buat tuan rumah apabila percubaannya menewaskan penjaga gol David De Gea minit ke-56 hasil rembatan Harry Kane.

    Spurs turut mencipta beberapa peluang dengan Dier hampir menyamakan kedudukan tetapi tandukan jarak dekatnya tersasar.

    Tekanan berterusan akhirnya berjaya apabila rembatan Heung-min selepas mendapat hantaran Kane minit ke-79 menyelamatkan Spurs.

    “Saya fikir aksi kami pada separuh masa kedua mengagumkan dan karakter kami tunjukkan selepas kekalahan Ahad lalu dan ketinggalan dua gol malam ini,” kata Mason selepas perlawanan pertamanya mengendalikan pasukan sebagai pengurus sementara.

    “Saya harap peminat dapat melihat kami sebagai satu pasukan hari ini dan kami berlari sesama sendiri. Pada separuh masa kedua kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak lagi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda