Spurs bangkit raih kemenangan

WOLVERHAMPTON, ENGLAND, 16 DIS – Jan Vertonghen memberikan kemenangan kepada Tottenham Hotspur 2-1 di Wolverhampton untuk meneruskan kebangkitan semula kelab London di bawah pengendali Jose Mourinho, kelmarin.

Tandukan pemain pertahanan itu memastikan Spurs melonjak di tangga ke lima di atas Wolves, sekali gus mencatatkan kemenangan keempat daripada lima perlawanan pembukaan liga yang dikendalikan oleh Mourinho sejak menggantikan Mauricio Pochettino.

Spurs mendahului perlawanan selepas lapan minit perlawanan bermula melalui pemain Son Heung-min.

Larian Son telah ditewaskan oleh penjaga gol Rui Patricio tetapi bola direbut Moura yang berada di sebelah kanan dan dia berjaya menewaskan cabaran daripada Jonny dan Romain Saiss.

Pemain depan itu, kemudian menyisip masuk ke dalam kawasan sebelum menyumbat gol tinggi dari sudut untuk gol ketiganya dalam tujuh perlawanan di bawah kendalian Mourinho.

Wolves jatuh ke tangga kelapan dan rekod mereka yang paling lama tidak dapat ditewaskan sejak 1962 berakhir selepas 11 perlawanan, walaupun mereka merekodkan hanya dua kekalahan dalam 19 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Wolves menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67.

Adama Traore telah memberi masalah kepada pasukan pelawat sepanjang perlawanan dan membuatkan mereka untuk bekerja lebih keras apabila dia menerima hantaran daripada Raul Jimenez dan melepaskan sepakan yang terus menuju gawang dari jarak 20 meter.

Spurs tidak kelihatan untuk bangkit kembali mendahului perlawanan sebelum drama lewat hadir menerusi tandukan Vertonghen hasil sepakan sudut Christian Eriksen. – AP

Pemain Tottenham, Jan Vertonghen (tengah) meraikan jaringan selepas mencetak gol kedua pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhampton Wanderers dan Tottenham Hotspur di Stadium Molineux di Wolverhampton. – AP