Spurs batal rancangan kontroversi

LONDON, 14 APRIL – Tottenham kelmarin membatalkan rancangan yang menerima banyak kritikan iaitu memotong gaji kakitangan di Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 peratus dan menggunakan wang kerajaan untuk menambah baki gaji mereka.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy berkata pada hujung bulan Mac bahawa kelab merancang untuk menggunakan skim kerajaan Britain untuk membenarkan kakitangan untuk bercuti di mana ia akan menjamin 80 peratus gaji mereka sehingga maksimum £2,500 sebulan.

Keputusan tersebut telah mendatangkan kritikan secara meluas, termasuk dari ahli politik, dengan Tottenham yang belum lagi membuat pemotongan gaji pemain-pemain mereka yang lumayan.

Liverpool, yang menumpaskan Spurs di final Liga Juara-Juara musim lalu, turut dipaksa menarik balik keputusan mereka minggu lalu selepas sebelum ini mengumumkan mereka juga turut merancang untuk menggunakan skim kerajaan membenarkan kakitangan untuk mengambil cuti.

“Kami telah membuat keputusan bahawa kakitangan, sama ada sepenuh masa, sambilan atau kakitangan yang dibenarkan cuti, akan menerima 100 peratus gaji mereka untuk bulan April dan Mei. Hanya lembaga pengarah akan menerima pemotongan gaji,” menurut kenyataan dari Tottenham.

Tottenham membatalkan rancangan memotong gaji kakitangan di Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 peratus dan menggunakan wang kerajaan untuk menambah baki gaji mereka setelah menerima kritikan dari penyokong mereka sendiri. – AFP

Penyokong Tottenham Hotspurs telah membuat satu kempen trust had led a fans untuk kakitangan menerima 100 peratus gaji mereka.

“Kami menyedari bahawa ramai penyokong kami menentang keputusan kami mengenai membenarkan cuti kakitangan yang tidak boleh melakukan tugasan mereka dari rumah,” kenyataan dari Tottenham menambah.

“Kami telah melihat tentangan dari penyokong kami untuk mengikuti jejak kelab Liga Perdana Inggeris untuk mendapatkan akses kepada CJRS (skim pengekalan pekerjaan koronavirus). Ini sekali lagi menggariskan bahawa kami menanggung tekanan yang berbeza kepada perniagaan lain, ramai dari mereka akan terus membuat rayuan untuk sokongan dari skim yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Dengan sentimen penyokong mengenai skim tersebut, ia bukanlah niat kami untuk mengambil kesempatan ke atas CJRS yang telah dijalankan sehingga hujung bulan Mei.

Levy telah banyak menerima kritikan mendedahkan dia menerima bayaran sebanyak £7 juta pada musim lalu, termasuk £3 juta bonus kerana menyiapkan pembinaan stadium bernilai £1 bilion yang telah terjejas dari segi masa dan bajet. – AFP