Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs bawa pulang Pochettino?

    LONDON, 28 MEI – Tottenham telah menghubungi bekas pengurus, Mauricio Pochettino – ketika ini menguruskan Paris Saint-Germain – mengenai kepulangan ke kelab, menurut laporan tular dari akhbar Britain, hari ini.

    Pengurus berusia 49 tahun itu meninggalkan Spurs pada November 2019 selepas lima tahun bersama kelab dan digantikan oleh Jose Mourinho, yang dipecat bulan lalu.

    Laporan media mengatakan difahamkan bahawa kelab London itu telah berbincang dengan jurulatih kelahiran Argentina, yang menggantikan Thomas Tuchel di PSG pada Januari, mengenai prospek kepulangan buat kali kedua mengambil tugasan di kelab London tersebut.

    PSG terlepas kejuaraan Ligue 1 buat kali kedua dalam tempoh sembilan musim dan tewas di tangan Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara peringkat separuh akhir namun berjaya merampas Piala Perancis.

    Kelab Perancis itu kelmarin mengeluarkan temubual mengenai Pochettino, yang mempunyai baki kontrak selama 12 bulan, bercakap mengenai ‘perkara hebat pada masa akan datang’.

    “Saya gembira dengan pemain yang membiasakan diri kepada perubahan,” katanya. “Banyak perkara yang tidak berubah atau tidak dapat dikembangkan disebabkan kesuntukan masa.

    “Tetapi saya masih merasakan cara kerja sebegini dan keinginan untuk dapat membentuk corak idea lain di atas padang, kami akan melakukan perkara hebat pada masa akan datang.”

    Pengurus Ajax, Erik Ten Hag dan pengendali Brighton, Graham Potter telah dikaitkan dengan tugas di Spurs dan Antonio Conte mungkin berada dalam senarai berikutan tindakannya meninggalkan Inter Milan selepas beberapa hari memenangi Serie A.

    Pochettino akan menjadi pilihan paling popular di kalangan peminat. Tottenham bertukar menjadi pasukan pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris berturut-turut di bawah Pochettino sebelum melangkah ke final Liga Juara-Juara pada 2019, di mana mereka tewas di tangan Liverpool. – AFP

    Tottenham dikhabarkan telah menghubungi bekas pengurus, Mauricio Pochettino untuk kembali pulang menguruskan London kelab tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda