Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs enggan menyerah kalah

    LONDON, 5 Feb – Mauricio Pochettino enggan menyerah kalah terhadap cabaran gelaran Liga Perdana bagi pasukan Tottenham selepas kemenangan 1-0 ke atas Middlesbrough membolehkan mereka hanya sembilan mata di belakang pendahulu Chelsea.

    Spurs terpaksa bekerja keras untuk melakarkan kemenangan itu awal pagi tadi dan memerlukan sepakan penalti menerusi Harry Kane pada separuh masa kedua untuk menamatkan tentangan Middlesbrough.

    “Sembilan mata adalah baik, ia adalah tiga perlawanan tetapi terserah kepada Chelsea sekarang. Ia terserah kepada kami untuk terus memberikan tekanan, memenangi perlawanan dan ia adalah penting bagi Liga Perdana juga,” kata bos Tottenham, Pochettino.

    “Saya rasa kami mempunyai banyak lagi peluang untuk mencuba untuk bersaing dan berjuang untuk menjadi salah satu pesaing bagi Liga Perdana. Kita akan melihat apa yang akan berlaku, masih banyak perlawanan yang berbaki.

    Harry Kane ketika menyempurnakan sepakan penalti bagi memberikan kemenangan tipis buat Tottenham Hotspur ke atas Middlesbrough di White Hart Lane awal pagi tadi. – AP
    Harry Kane ketika menyempurnakan sepakan penalti bagi memberikan kemenangan tipis buat Tottenham Hotspur ke atas Middlesbrough di White Hart Lane awal pagi tadi. – AP

    “Fokus kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan dan merapatkan jurang ke atas Chelsea. Tetapi kami tidak memikirkan mengenai di mana kami boleh menamatkan, kami memikirkan untuk meningkatkan dan melakukan yang terbaik.

    “Merapatkan jurang adalah sukar, sembilan mata adalah sukar untuk dikurangkan tetapi dalam bola sepak anda selalu perlu percaya. Perkara paling penting adalah cuba untuk beraksi dalam setiap perlawanan.”

    Tottenham melepaskan beberapa mata menentang Sunderland dalam perlawanan sebelumnya dan terdapat bahaya sejarah akan berulang sekali lagi.

    Middlesbrough sudah pergi ke Arsenal dan Manchester City dan kembali dengan satu mata dan pasukan Pochettino dikecewakan oleh kehebatan penjaga gol Middlesbrough, Victor Valdes. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda