Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs menang bergaya, Celtic kecundang di Milan

    PARIS, 23 OKT – Gareth Bale membantu Tottenham menewaskan LASK dari Austria, 3-0 dalam perlawanan pembukaan kempen Liga Europa sementara Celtic menerima tamparan hebat dengan kekalahan di halaman sendiri 1-3 kepada AC Milan dengan bantuan bintang mereka, Zlatan Ibrahimovic.

    Dalam perlawanan yang berasingan, Arsenal dan Leicester turut mencatat kemenangan yang menyaksikan kelab-kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) mempamerkan pencapaian baik di Eropah dengan enam kemenangan dan satu seri dari perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

    Bale bermula dalam kesebelasan utama pasukan buat pertama kali sejak kembali ke Spurs dari Real Madrid, ia adalah penampilan mengagumkan buat pemain yang dipinjam kelab dengan aksi hebat Carlos Vinicius ketika Tottenham menikmati kemenangan 3-0 dalam saingan pembukaan Kumpulan J.

    Vinicius memulakan permainan selepas Harry Kane direhatkan dan mencipta assist setiap babak untuk Lucas Moura dan Son Heung-min, ketika dia juga berpeluang menjaringkan jika Andres Andrade tidak menjaringkan gol sendiri.

    Leicester melakukan permulaan cemerlang dalam Kumpulan G dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Zorya Luhansk dari Ukraine.

    James Maddison, Harvey Barnes dan Kelechi Iheanacho berada dalam senarai penjaring. Di Glasgow, Celtic bergelut mengatasi pendahulu Serie A, Milan yang berada pada jaringan 0-2 pada separuh masa permainan hasil gol Rade Krunic dan Brahim Diaz.

    Mohamed Elyounoussi merapatkan kedudukan selepas waktu rehat namun Jens Petter Hauge memastikan kemenangan Milan dalam Kumpulan H pada minit akhir permainan.

    Arsenal pula bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan ke atas Rapid Vienna 2-1 dan Rangers menewaskan Standard Liege 2-0.

    Benfica menewaskan Lech Poznan, 4-2 di Poland 4-2 dalam aksi Kumpulan D manakala Bayer Leverkusen membelasah wakil Perancis, Nice, 6-2 dan wakil Sepanyol, Granada, mengatasi PSV Eindhoven, 2-1 dalam kempen pertama saingan Eropah mereka. – AFP

    Reaksi penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan Kumpulan J Liga Europa UEFA antara Tottenham Hotspur dan Linzer ASK di Stadium Tottenham Hotspur di London, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda