LONDON, 31 Dis – Ketika Mauricio Pochettino memberikan penjelasan mengapa cabaran gelaran Liga Perdana buat Tottenham Hotspur nampak terjejas, agak sukar untuk menghindari pandangan bahawa percubaan mereka untuk mendahului empat pasukan teratas mungkin sekali lagi membayangkan kelab itu menghabiskan musim dengan tangan kosong.
Kekalahan 3-1 di gelanggang sendiri kepada Wolverhampton Wanderers Sabtu lalu menjejaskan pasukan Pochettino, yang melonjak ke tangga kedua dengan kemenangan 6-2 ke atas Everton dan membenam Bournemouth 5-0.
Masa mereka diluangkan sebagai pencabar terdekat Liverpool bagaimanapun berakhir hanya empat hari dan bakal membuat kunjungan ke Cardiff City esok dengan tekanan untuk mendapatkan kemenangan bagi menghidupkan semula kepercayaan mereka boleh memberikan cabaran gelaran.
Pengurus Spurs itu memetik keletihan mental sebagai kemungkinan alasan bagi permainan hambar para pemainnya pada separuh masa kedua menentang Wolves dan anda boleh bersetuju dengan pendapat beliau.
Kelab utara London itu memiliki lebih banyak perwakilan pada separuh akhir Piala Dunia berbanding yang lain dan agak mengejutkan jika kekalahan itu adalah kesan keletihan atau kesukaran tetapi kecewa kempen musim panas bagi lapan daripada sembilan pemain terjejas tidak termasuk kapten Hugo Lloris.

Mereka pasti tidak kembali kepada musim terus bersama kelab. Penangguhan kepada pembukaan stadium baru bermakna Wembley adalah gelanggang sementara Spurs.
Dan drama yang menemani peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bermakna pemain Pochettino sudah menanggung banyak daripada kemampuan mereka apabila layak mendapatkan hanya satu mata daripada tiga perlawanan pembukaan.
Tottenham mara ke dua perlawanan separuh akhir Piala Liga menentang musuh ibu negara dan Chelsea merasa tenang dengan kedudukan mereka tetapi perlu mengatasi kunjungan suku akhir ke pesaing utara London, Arsenal, untuk mendapatkan empat pasukan teratas.
Jumaat depan menyaksikan Spurs meneruskan kempen Piala FA dengan kunjungan ke pasukan divisyen empat, Tranmere Rovers untuk satu lagi tambahan kepada jadual perlawanan percutian yang sudahpun padat.
Persaingan kelab untuk semua itu dengan hasrat mencabar trofi utama perlu menjangka untuk berdepan halangan seperti itu dan di sana kegagalan Tottenham untuk membawa mana-mana pemain baru semasa jendela perpindahan pra musim terus dikritik.
Ukuran skuad begitu kerap menjadi kunci kejayaan dan ketika Tottenham mengekalkan sekumpulan pemain yang ada sekarang terus dikagumi tetapi buat masa sekarang, tambahan kepada pemain baru amat dialu-alukan.
Son Heung-min yang akan menyertai Korea Selatan untuk cabaran Piala Asia pada pertengahan Januari menyebakan kecergasan pemain Pochettino itu diragui.
Pochettino yang akan menilai semua kemungkinan faktor dan dengan Manchester United dilaporkan mengekorinya, pengurus dari Argentina itu dilihat berada pada kedudukan kuat untuk mempengaruhi masa depan Spurs terutama dalam pasaran perpindahan.
Jelas selepas berulang kali terjejas dalam perebutan gelaran baru-baru ini, terdapat sesuatu yang menghalang kelab untuk langkah seterusnya selepas kali terakhir menjadi juara England pada 1961.
Menjulang Piala Liga adalah permulaan yang bagus. Trofi itu terbukti sebagai batu loncatan bagi beberapa pasukan yang melaluinya untuk menjadi juara dengan kemenangan sekurang-kurangnya tiga perlawanan domestik Inggeris.
Apa yang lebih penting adalah mengukuhkan skuad.
Sekuat Pochettino kurang konsistensi seperti mana Liverpool atau Manchester City yang boleh menukar lebih banyak pemain, lebih kerap dengan sedikit kesan negatif terhadap kesudahan permainan mereka. – AFP