Spurs punah impian City

MANCHESTER, 18 April – Usaha Manchester City bagi meraih empat gelaran berganda berakhir dengan dramatik apabila Tottenham mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara melalui kelebihan jaringan di laman lawan, dengan agregat 4-4 meskipun City menang 4-3 di Etihad awal pagi tadi.

Empat gol dijaringkan dalam aksi pembukaan luar biasa, 11 minit awal, apabila Raheem Sterling dan Bernardo Silva membatalkan dua jaringan Son Heung-min buat Tottenham.

City akhirnya dilihat sebagai pasukan yang akan mara ke separuh akhir apabila Sterling dan Sergio Aguero meletakkan mereka di depan buat pertama kali dalam pertembungan suku akhir itu.

Tetapi adanya perubahan yang tidak disangka-sangka apabila gol kontroversi Fernando Llorente ketika perlawanan berbaki 17 minit telah diberikan meskipun VAR mendapati bola terkena tangan penyerang Sepanyol itu.

VAR sekali lagi campur tangan di masa kecederaan untuk menyelamatkan Spurs apabila Sterling menyangka bahawa dia telah melengkapkan hatriknya, namun mendapati ia dibatalkan kerana Aguero berada dalam kedudukan ofsaid semasa gerakan serangan itu.

Hasilnya Tottenham dihadiahkan pertembungan separuh akhir menentang Ajax.

Pep Guardiola akan berdepan dengan banyak persoalan mengenai kegagalannya untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga musim kendaliannya di City. – AFP

Fernando Llorente (tengah) meraikan jaringannya sekali gus memberikan kemenangan menerusi agregat ke atas Man City. – AFP