Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs runding beli Savinho dari City

    LONDON, 11 OGOS – Tottenham Hotspur memulakan perbincangan dengan Manchester City berhubung kemungkinan mendapatkan Savinho, lapor agensi berita PA Media.

    Spurs kini memerlukan tambahan pemain penyerang selepas pemergian Son Heung-min ke Los Angeles FC dan kecederaan lutut serius yang dialami James Maddison baru-baru ini.

    Percubaan untuk mendapatkan kapten Nottingham Forest, Morgan Gibbs-White, bulan lalu tidak Berjaya dan Tottenham kini menumpukan perhatian kepada penyerang serba boleh Savinho, namun rundingan dengan City masih di peringkat awal.

    Pemain sayap Brazil itu menyertai City pada musim panas 2024 dan membuat 48 penampilan dalam kempen sulungnya di bawah kendalian Pep Guardiola.

    Terutamanya digunakan di bahagian sayap kanan oleh Guardiola, Savinho yang menjaringkan tiga gol dan mencatat 13 bantuan jaringan musim lalu, mula dikenali ketika bersama Troyes sebelum menyerlah bersama kelab LaLiga Girona pada musim 2023-2024.

    Savinho menjaringkan 11 gol untuk Girona dari posisi sayap kiri serangan mereka, dan sekiranya persetujuan dicapai antara Tottenham dan City, pemain berusia 21 tahun itu berpotensi menjadi pengganti semula jadi bekas kapten kelab, Son.

    Walaupun mempamerkan prestasi memberangsangkan pada musim pertamanya di Stadium Etihad, ketibaan Rayan Cherki musim panas ini menambah persaingan di barisan serangan dan Savinho kini berkemungkinan dilepaskan oleh Guardiola. – Bernama

    Savinho ketika meraikan jaringannya bagi gol ketiga pasukan semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA antara Manchester City dan Club Brugge di Stadium Etihad, Manchester, England barat laut, pada 29 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda