Friday, November 29, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs tersingkir Piala Liga

    LONDON, 30 OGOS – Ange Postecoglou mempertahankan pemilihan pasukannya susulan kekalahan pertamanya selaku pengurus Tottenham apabila Fulham menang 5-3 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada pusingan kedua Piala Liga kelmarin.

    Postecoglou mempamerkan permulaan memberangsangkan dalam musim pertamanya mengendalikan Tottenham, dengan dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Manchester United dan Bournemouth sebelum seri menentang Brentford.

    Namun bekas bos Celtic itu dihukuman selepas melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utamanya di Craven Cottage.

    Postecoglou memberikan peluang kepada Manor Solomon melakukan penampilan sulung, manakala Giovani Lo Celso dan Pierre-Emile Hojbjerg bermula meskipun timbul spekulasi berhubung masa depan mereka.

    Bos Fulham, Marco Silva, yang menjalani penggantungan di tepi padang susulan kad kuning ketiganya musim ini, turut melakukan enam pertukaran namun pemain pelapis Tottenham jelasnya bergelut.

    Gol sendiri Micky van de Ven pada minit ke-19 membolehkan Fulham mendahului apabila pemain pertahanan itu menampan masuk hantaran silang Tom Cairney melepasi penjaga gol Fraser Forster.

    Tottenham menggunakan kesempatan susulan insiden yang menyebabkan Fulham beraksi dengan 10 pemain untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

    Postecoglou memasukkan pemain bintang, James Maddison dan Son Heung-min pada separuh masa kedua, tetapi kekal mempertahankan keputusannya memilih pemain kurang berpengalaman. – AFP

    Aksi Rodrigo Muniz (kiri) dan Pierre-Emile Hojbjerg berebut bola semasa perlawanan Piala Carabao di Craven Cottage, London pada 29 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda