Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs tumpaskan United ke separuh akhir Piala Liga

    LONDON, 20 DIS – Tottenham terselamat daripada dua kesilapan buruk daripada penjaga gol Fraser Forster kelmarin untuk menewaskan Manchester United 4-3 dan seterusnya mara ke separuh akhir Piala Liga.

    Skuad tuan rumah mendahului 3-0 pada minit ke-54 selepas dua gol dari Dominic Solanke dan satu daripada Dejan Kulusevski.

    Tetapi kesilapan Forster membolehkan pemain gantian Joshua Zirkzee dan Amad Diallo mengembalikan kedudukan kepada 3-2 ketika berbaki 20 minit.

    Ia adalah trafik sehala dengan penguasaan United sepenuhnya selepas itu, tetapi Spurs menjaringkan gol keempat lewat oleh Son Heung-min menerusi sepakan sudut dan seterusnya bertahan meskipun terdapat jaringan lewat Jonny Evans sempat membuat jaringan lewat.

    Tottenham tidak pernah memenangi piala sejak memenangi Piala Liga sejak 2008 tetapi mereka kini hanya perlukan satu kemenangan lagi untuk perlawanan akhir Wembley pada bulan Mac nanti.

    Di sebalik drama itu, kekalahan itu akan menghantar bos United, Ruben Amorim kembali ke bumi dengan kejutan selepas pasukannya menang dramatik 2-1 dalam Liga Perdana di Manchester City pada hari Ahad.

    Sementara Amorim melakukan lima pertukaran United daripada pasukan yang menewaskan City dengan Marcus Rashford diketepikan untuk perlawanan kedua berturut-turut sementara Alejandro Garnacho berada di bangku simpanan dan masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

    Tottenham membuka jaringan pada minit ke-15 apabila Solanke bertindak paling pantas mengambil kesempatan selepas penjaga gol United, Altay Bayindir yang menggantikan Ander Onana, menepis rembatan jarak jauh yang jatuh ke laluan Solanke.

    Kulusevski menggandakan gol Tottenham selepas perlawanan masa kedua dimulakan apabila Lisandro Martinez gagal menepis hantaran James Maddison.

    Spurs mendahului 3-0 apabila Solanke mengejar hantaran jauh kemudian menewaskan Martinez dan Evans sebelum membuat jaringan lagi.

    Tetapi United mendapat gol sejurus selepas sejam perlawanan berikutan beberapa kesilapan penjaga gol Forster.

    Penjaga gol yang diancam oleh Zirkzee terhantar bola terus kepada Fernandes, yang kemudian menghantar semula ke Zirkzee yang berada depan gawang yang kosong.

    Beberapa minit kemudian United menjaringkan gol sekali lagi apabila Forster gagal mengeluarkan bola dengan pantas selepas menerima hantaran belakang.

    Diallo pantas menutup Forster apabila bola terkena Diallo dan terus masuk ke gawang.

    Son menambah jariang Tottenham pada minit ke-88 melalui percubaan melencong dari sepakan sudut terus ke gawang.

    Walaupun United mengejar kedudukan dengan tandukan Evans dari sepakan sudut, tetapi mereka kehabisan masa.

    Akhirnya, Spurs bersama Liverpool, Arsenal dan Newcastle akan bersaing di separuh akhir Piala Liga. – AFP

    Son Heung-min (kanan) meraikan gol keempat pasukannya semasa perlawanan bola sepak Piala Liga Inggeris menentang Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur, London  kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda