Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Spurs tundukkan Palace

    LONDON, 5 JAN – Harry Kane menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 menentang Crystal Palace kelmarin ketika Nottingham Forest keluar dari zon penyingkiran.

    Forest menewaskan pasukan tercorot liga Southampton 1-0 manakala Wolves terikat seri 1-1 di Aston Villa dan West Ham yang bergelut berkongsi mata dengan Leeds selepas seri dalam keputusan 2-2.

    Skuad Tottenham bimbingan Antonio Conte yang tidak konsisten, menduduki tempat keempat liga musim lalu, hanya meraih satu mata daripada dua perlawanan setelah Liga Perdana bersambung semula selepas Piala Dunia.

    Conte ingin mencari reaksi selepas kekalahan 2-0 baru-baru ini di tempat sendiri menentang Aston Villa dan akhirnya dia berjaya mendapatkannya walaupun pasukannya mempamerkan aksi yang hambar pada separuh masa pertama.

    Spurs berada di tempat kedua terbaik pada separuh masa pertama di Selhurst Park, kurang menyerlah dan perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka Hugo Lloris kerana mengekalkan kedudukan 0-0.

    Aksi Harry Kane (kanan) selepas menjaringkan menentang Crystal Palace di Selhurst Park, London, kelmarin. – AP

    Kapten England, Kane meledak dua kali dalam tempoh lima minit pada penampilan ke-300 Liga Perdananya untuk menambah dua lagi jaringan di belakang rekod penjaring terbanyak sepanjang masa, Jimmy Greaves iaitu 266 gol buat Spurs.

    Tottenham memecah kebuntuan pada minit ke-48 apabila Ivan Perisic melakukan hantaran kepada Kane dari kiri dan dia menyambut kemas melepasi Vicente Guaita.

    Kane menggandakan pendahuluan Spurs apabila bola jatuh di depan Bryan Gil di sebelah kanan dan dia membuat hantaran kepada penyerang England itu, yang merembat ke sudut kiri gawang.

    Matt Doherty menjadikan 3-0 pada pertengahan babak kedua dan Son Heung-min melengkapkan kemenangan empat minit kemudian, memberikan Spurs 33 mata, dua mata di belakang pasukan tangga keempat Manchester United. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...