Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Squid Game 2 ditayangkan pada 26 Disember

    Drama survival Squid Game musim kedua akan ditayangkan pada 26 Disember, manakala musim ketiga dijangka dilancarkan tahun depan, menurut Netflix pada Khamis.

    Musim pertama Squid Game menjadi fenomena global, mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah Netflix, lapor agensi berita Yonhap.

    Pengarah Hwang Dong-hyuk memenangi anugerah pengarah terbaik bagi kategori drama bersiri di Anugerah Emmy dan pelakon Lee Jung-jae menerima Anugerah Pelakon Utama Terbaik.

    Musim kedua menampilkan pelakon daripada musim pertama, bergandingan dengan pelakon baharu termasuk Im Si-wan, Kang Ha-neul, Lee Jin-uk dan Choi Seung-hyun.

    “Saya sangat teruja melihat benih yang ditanam ketika menghasilkan Squid Game berkembang dan berbuah sehingga akhir cerita.

    “Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan awda mendapat pengalaman yang penuh mendebarkan.

    “Saya harap awda teruja dengan apa yang akan datang.

    “Terima kasih dan jumpa lagi, semua,” kata pengarah Hwang menerusi sepucuk surat kepada penonton yang dikongsi Netflix. – Bernama

    Drama survival Squid Game musim kedua akan ditayangkan pada 26 Disember. – Sinar harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda