Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR Jerudong adakan program interaktif ibadah haji

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Sekolah Rendah Jerudong, Kluster IV telah mengadakan satu program khas sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi memperkenalkan serta menghayati ibadah haji dan semangat pengorbanan di kalangan murid-murid.

    Program yang berlangsung di Dewan Ceria dan padang sekolah tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan takbir serta diikuti dengan penerangan ringkas mengenai ibadah haji oleh Ustaz Pengiran Damit bin Pengiran Omar.

    Antara pengisian program termasuk persembahan murid, demonstrasi pemakaian ihram, serta simulasi ibadah haji yang dibahagikan kepada beberapa stesen interaktif seperti Miqat, Muzdalifah, Mina, Tawaf, Saie dan Tahallul. Aktiviti turut diserikan dengan demonstrasi penyembelihan ibadah korban oleh guru-guru Pengajian Islam.

    Program berkenaan turut menampilkan pameran hasil kerja murid dengan tema Aidiladha, yang bukan sahaja menggalakkan kreativiti malah memupuk kefahaman dan nilai murni dalam kalangan murid.

    Pihak sekolah berharap program seperti ini dapat diteruskan sebagai usaha mendidik dan membentuk sahsiah murid berlandaskan nilai keagamaan.

    Atas & Bawah: Antara demonstrasi yang dilakukan oleh guru-guru.

    Atas & Bawah: Antara persembahan oleh murid-murid

    Semua di atas: Antara aktiviti di padang yang diadakan.
    Atas & Bawah: Antara pameran yang diadakan semasa program berkenaan.
    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SR JERUDONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda