Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR Junjongan anjur majlis baca Surah Yasin untuk hadapi PSR

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Satu majlis Solat Hajat dan bacaan Surah Yasin telah diadakan di Masjid As-Salam, Kampung Junjongan, sebagai persediaan bagi murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah (SR) Junjongan yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang semakin hampir.

    Majlis tersebut dihadiri oleh Guru Besar SR Junjongan, barisan guru, ibu bapa serta murid-murid Tahun 6. Imam Masjid As-Salam telah memimpin Solat Hajat dan bacaan Surah Yasin, sebelum majlis diakhiri dengan sesi bersalaman antara murid-murid dan ibu bapa.

    Majlis tersebut diadakan dengan harapan agar semua calon PSR dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang.

    Semua di atas: Antara suasana semasa majlis tersebut. – GAMBAR -GAMBAR SERAHAN SR JUNJONGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda