Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR Katok ‘B’ Juara

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang berjaya menduduki tempat tiga teratas bagi kejohanan futsal berkenaan.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb  – Sekolah Rendah (SR) Katok ‘B’ muncul juara dalam Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Kluster 1 ‘B’ bagi tahun 2018 dengan menewaskan SR Pusar Ulak menerusi penentuan sepakan penalti di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan perlawanan akhir kejohanan futsal berkenaan dan seterusnya berkenan menyampaikan hadiah kepada pasukan yang ialah Penghulu Mukim Gadong B Mejar (B) Haji Bakar bin Haji Safar.

    SR Pusar Ulak terpaksa akur berada di tempat kedua selepas tewas 4-3 dalam penentuan penalti itu, manakala tampil di tempat ketiga bagi kejohanan tersebut ialah pasukan dari SR Katok ‘A’. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda