Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Program Sahsiah, Sekolah Rendah (SR) Mentiri, Kluster 2 telah mengadakan sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia secara maya kelmarin.
Lebih daripada 70 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Khas, guru besar SR Mentiri dan warga sekolah serta guru-guru SENA dari kluster 1-6, ibu bapa, ahli keluarga dan para murid menyertai sambutan tersebut.
Acara menandakan sokongan kepada sambutan Hari kesedaran Autisme Sedunia setiap 2 April, memotivasikan kanak-kanak istimewa itu dan bagi masyarakat saling mendukung kemaslahatan dan pemedulian serta penerimaan secara terbuka.
Antara pengisian sambutan dikelolakan oleh guru-guru SENA itu ialah mereka cipta logo Hari Kesedaran Autisme Sedunia, Circle Time dan senaman ringan dalam talian.
