Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR Mentiri sambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Program Sahsiah, Sekolah Rendah (SR) Mentiri, Kluster 2 telah mengadakan sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia secara maya kelmarin.

    Lebih daripada 70 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Khas, guru besar SR Mentiri dan warga sekolah serta guru-guru SENA dari kluster 1-6, ibu bapa, ahli keluarga dan para murid menyertai sambutan tersebut.

    Acara menandakan sokongan kepada sambutan Hari kesedaran Autisme Sedunia setiap 2 April, memotivasikan kanak-kanak istimewa itu dan bagi masyarakat saling mendukung kemaslahatan dan pemedulian serta penerimaan secara terbuka.

    Antara pengisian sambutan dikelolakan oleh guru-guru SENA itu ialah mereka cipta logo Hari Kesedaran Autisme Sedunia, Circle Time dan senaman ringan dalam talian.

    Lebih 70 orang menyertai Sambutan Hari Kesedaran Autisme.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda