Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 14 NOV – Sekolah Rendah (SR) Panaga dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan pesta bola sepak yang diadakan di Padang Bola Sepak SR Lumut, hari ini.
Manakala naib juara disandang oleh SR Lumut dan tempat ketiga SR Muhammad Alam.
Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyampaikan trofi kepada para pemenang ialah
Pegawai Jabatan Kokurikulum, Harmoney bin Late, yang disambut oleh pengetua sekolah, Hajah Mizawati binti Haji Marusin.
Festival yang dianjurkan oleh SR Lumut itu memberikan peluang kepada murid-murid sekolah untuk mengembangkan lagi kemahiran dan bakat mereka terutamanya dalam sukan bola sepak.
Selain itu, festival itu juga bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dan semangat kesukanan yang mesra di usia muda.
Festival bola sepak ini adalah sebahagian daripada pertandingan persahabatan yang berterusan antara sekolah, dengan sekolah tersebut dijadualkan menganjurkan festival bola jaring pada hujung minggu ini.