Saturday, March 1, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR PSN Pg Mohd Yusof rai jubli perak

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 6 OKT – Sekolah Rendah (SR) Pengiran Setia Negara Pengiran (PSN) Mohd Yusof telah meraikan jubli perak dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan di sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan tema ‘Lestarikan Gemilangnya’ itu ialah pengetua pertama sekolah berkenaan, Awang Juna bin Jumat yang berkhidmat dari 1993 hingga 1999.

    Tetamu kehormat telah dialu-alukan oleh Pengetua, Dayang Raidah binti Juni dan Pembantu Pengetua, Haji Ide Ismawee bin Haji Ismail selaku pengerusi majlis.

    Majlis bukan sahaja dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta bekas guru dan kakitangan sekolah, malah perwakilan daripada agensi tempatan dalam memberi sokongan mereka dengan mendirikan pondok-pondok dan gerai jualan di sekitar sekolah.

    Antara yang terlibat adalah Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), RYS Entertainment, Serikandi Technical Service Division, Milo Nestle, Kim Teck Cheong Grandtop Sdn Bhd, Pustaka Remaja, Jeststar Enterprise dan Syarikat Teras Maju serta pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    Majlis perasmian sambutan telah dimeriahkan dengan beberapa persembahan berbi-lang budaya oleh murid-murid Tahun 2 dan 5.

    Selain itu, majlis turut menyaksikan tetamu kehormat merasmikan Galeri Ristaan sebagai gagasan sejarah 25 tahun penubuhan sekolah berkenaan. Selepas perasmian sambutan, pelbagai aktiviti telah diadakan di sekitar sekolah termasuk pesta ria, permainan dan eksperimen praktikal oleh BSP dan OGDC serta pelbagai lagi hiburan yang diadakan sehingga petang.

    Awang Juna ketika merasmikan Sambutan Jubli Perak SR Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda