Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    SR Sengkurong, SMALHB muncul juara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Sekolah Rendah Sengkurong dan Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) diumumkan sebagai johan kategori masing-masing dalam Peringkat Akhir Pertandingan Hadrah Sekolah-sekolah Rendah, Menengah dan Pusat Tingkatan Enam (PTE) bagi 2023, kelmarin.

    Dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Lambak Kanan itu, naib johan bagi sekolah-sekolah rendah dimenangi oleh pasukan Sekolah Anggerek Desa dan diikuti Sekolah Rendah Rimba 2 di tempat ketiga.

    Manakala itu, bagi sekolah-sekolah menengah dan PTE, naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri diikuti oleh Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah di tempat ketiga dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di tempat keempat.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum di Kementerian Pendidikan, Dr Mona Aliana binti Dato Paduka Haji Awang Mohd Alimin.

    ATAS & BAWAH: Dr Mona Aliana bergambar ramai bersama pasukan SMALHB (kiri) dan SR Sengkurong (kanan). – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...