Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR Sg Tali anjur bengkel kemahiran

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 22 Feb – Lebih 90 orang murid Tahun 6 Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada bulan Oktober nanti.

    Sehubungan itu, Unit Kaunseling dan Kerjaya Kementerian Pendidikan dengan dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor sekolah rendah seluruh negara telah menganjurkan Program Bengkel Kemahiran Keibubapaan bagi ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tahun 6.

    Ia antara lain bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa dalam menangani masalah kanak-kanak di rumah dan mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak di samping sebagai salah satu usaha ke arah persiapan menduduki peperiksaan nanti.

    Ibu bapa dan murid-murid yang menyertai aktiviti bersama pada Program Bengkel Kemahiran Keibubapaan diadakan di Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut.
    Ibu bapa dan murid-murid yang menyertai aktiviti bersama pada Program Bengkel Kemahiran Keibubapaan diadakan di Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut.

    Program tersebut juga telah diadakan di Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut, di sini, di mana kaunselor sekolah berkenaan, Dayang Nur Suriatul Atiqah binti Abdul Qayyum Sirul memberitahu Media Permata, harapan mereka melalui program tersebut adalah supaya ibu bapa mendapatkan manfaat daripada aktiviti yang telah disediakan dan terus memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka dalam persediaan menghadapi peperiksaan nanti.

    Beberapa aktiviti antaranya suai kenal, ceramah, aktiviti bimbingan kelompok dan sebagainya telah disediakan pada program tersebut yang telah dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor sekolah rendah kluster satu hingga enam serta melibatkan penyertaan guru-guru Tahun 6 sekolah tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda