Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR Tanah Jambu anjur majlis graduasi pelajar Tahun 6, prasekolah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Sekolah Rendah (SR) Tanah Jambu telah meraikan pelajar Tahun 6 dan prasekolah dalam majlis graduasi di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada pelajar yang diraikan ialah mantan guru besar sekolah berkenaan, Haji Mohd Helmezulkifli bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Guru Besar SR Tanah Jambu, Dayang Nur Aliyah Damia binti Abdullah Lim, ibu bapa, penjaga dan guru-guru sekolah berkenaan.

    Haji Mohd Helmezulkifli menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda