Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR YSHHB adakan majlis tahlil

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sekolah Rendah (SR) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) pagi tadi telah mengadakan majlis tahlil, perpisahan dan meraikan saudara baharu yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan. 

    Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin  oleh Awang Asmirul dan seterusnya diikuti dengan ucapan ringkas oleh pengetua sekolah, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Awang Nabil Maidin dan disudahi dengan majlis penyampaian derma khairat dan penyampaian cenderahati kepada guru yang bersara iaitu Tec Oriella.

    Tec Oriella mula bertugas di sekolah YSHHB pada tahun 1999 sehingga sekarang. Beliau merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman dalam mata pelajaran Inggeris dan telah berjaya meningkatkan mutu pencapaian pelajar dalam Peperiksaan PSR. Turut menerima cenderamata perpisahan ialah dua orang guru agama yang telah berpindah ke sekolah lain.

    Majlis berkenaan turut meraikan pengislaman saudara baharu Dayang Shunita Yong yang telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dihadapan Pegawai Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah pada 9 September lalu.  Beliau telah memilih nama islam beliau sebagai Dayang Nur Ayra Medina binti Abdullah.

    Beliau memilih Islam disebabkan tertarik dengan agama Islam, lebih-lebih lagi terdapat ahli keluarganya yang sudah memeluk agama Islam, serta dorongan kawan-kawan di sekelilingnya yang membuka hati beliau untuk memilih agama Islam sebagai pegangan hidup beliau yang baharu.

    Majlis turut dimeriahkan dengan acara menabur bunga rampai.

    Antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan.
    Dayang Nur Ayra Medina diraikan semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda