Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR YSHHB anjur pertandingan hafazan surah lazim

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Seramai 15 peserta murid Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah berjaya memasuki peringkat akhir bagi Pertandingan Hafazan Surah Lazim bagi Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sempena
    sambutan Ilal Hijrah 1446, yang berlangsung di sekolah berkenaan hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pemangku Ketua Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Dayang Ernalisa @ Hanisah’ Aqilah binti Haji Shaheed.

    Turut hadir ialah Ketua Unit Akademik dan Penilaian Bahagian IRK, JPI, Dayang Noorzainah binti Haji Omar, Pengetua SR YSHHB, pengerusi dan timbalan pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIGB) sekolah berkenaan.

    Tujuan pertandingan berkenaan dianjurkan adalah untuk menyokong sukatan dalam kurikulum pendidikan Islam dalam mata pelajaran Al-Quran dan amali agama.

    Selain itu, program ini juga dijadikan sebagai salah satu program dan aktiviti tahunan bahagian keagamaan sempena menyambut ilal hijrah.

    Matlamat utama program tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar sentiasa membaca Al-Quran dan menghafal dengan lancar dan bertajwid dan surah-surah yang dihafal akan dapat diaplikasikan ke dalam bacaan solat fardu.

    Tetamu kehormat, Pemangku Ketua Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam, Ernalisa @ Hanisah’ Aqilah bersama tetamu yang lain di majlis itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Salah seorang peserta memperdengarkan hafazan semasa pertandingan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara murid-murid tahun 1 hingga 5 sekolah berkenaan menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda