Wednesday, April 16, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR YSHHB anjur sambutan Hari Raya

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Dalam menyemarakkan suasana Aidilfitri di bulan Syawal, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) turut tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di dewan sekolah berkenaan hari ini.

    Majlis tersebut telah dihadiri oleh para pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 dan juga pengetua sekolah berkenaan, Hajah Hafizah Binti Haji Salat.

    Antara lain tujuan majlis ini adalah bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar dan guru-guru.

    Majlis diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh pelajar sekolah berkenaan.

    Di samping itu, majlis juga diteruskan dengan Kelas Terbuka Aidilfitri yang berkonsepkan kunjung-mengunjungi ke bilik-bilik darjah apabila tetamu yang bertandang disajikan dengan hidangan kuih-muih raya menerima sampul Raya dari guru-guru sekolah berkenaan.

    Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Hajah Hafizah yang hadir selaku tetamu kehormat.
    Atas & Bawah: Antara pelajar yang menyaksikan persembahan.

    Semua di atas: Antara persembahan yang diadakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda