Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR YSHHB raih tempat ketiga Football Funday

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Football Funday anjuran Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) bagi kategori bawah umur 11 tahun (B11).

    Kejohanan tersebut turut menyaksikan penyertaan pasukan sekolah dalam kategori bawah umur 13 tahun (B13) dan bawah umur 15 tahun (B15).

    Pertandingan yang berlangsung di padang JIS hari ini menyaksikan pasukan SR YSHHB mengalahkan pasukan Sekolah Menengah Seri Mulia Sarjana (SMSSJ) dengan keputusan 2-1 pada masa tambahan, selepas kedudukan terikat 1-1.

    Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) YSHHB, Dayang Suciyati binti Haji Sulaiman menyatakan harapan agar penyertaan dalam kejohanan seperti itu dapat memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar di luar bilik darjah.

    “Kejohanan seperti ini bukan sahaja membuka peluang untuk menetapkan matlamat peribadi dan pasukan, malah memupuk semangat pencapaian dan motivasi dalam kalangan pelajar bagi usaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang,” katanya ketika ditemui.

    Guru CCA, Mohd Qamarul Azizan bergambar ramai bersama pasukan SR YSHHB bagi Kategori B11 dan B13 yang menyertai kejohanan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda