Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR YSHHB terap gaya hidup sihat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Rumah Temburong telah berjaya menjulang piala Perbarisan Lalu bagi Tahun 2023 dalam Pertandingan Barisan Lalu Antara Rumah-rumah Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) 2023, kelmarin.

    Hadir melancarkan pertandingan yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan ialah Penolong Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SR YSHHB, Dayang Suciyati binti Haji Sulaiman selaku tetamu kehormat acara dan Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Sejurus pelancaran, acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan diikuti dengan pertandingan perbarisan lalu bagi setiap rumah.

    Dalam pertandingan itu, Rumah Belait berjaya mendapat tempat kedua, diikuti Rumah Brunei Muara dan di tempat terakhir Rumah Tutong.

    Acara tersebut turut dimeriahkan dengan penyampaian medal kepada pemenang bagi acara padang dan balapan.

    Dengan adanya acara sukan berkenaan, ia bukan saja dapat menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar, malah mencungkil bakat pelajar dalam acara sukan balapan dan
    padang.

    Pertandingan Persembahan Barisan Lalu itu telah melibatkan 700 orang pelajar dari Tahun 3 hingga 6 sekolah berkenaan.

    Rumah Temburong berjaya menjulang piala Perbaisan Lalu antara rumah-rumah bagi 2023 SR YSHHB. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    ATAS & BAWAH: Antara peserta Belapan dan Padang menerima medal mereka yang disampaikan oleh Penolong Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SR YSHHB, Suciyati. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Gelagat pelajar-pelajar mengikut rumah masing-masing pada acara tersebut. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda