Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    SR YSHHB teroka keunikan flora di RGC

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    Menyentuh mengenai aktiviti lawatan, ia adalah salah satu aktiviti yang cukup menyeronokkan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, di mana perasaan bercampur antara gembira dan ingin tahu lebih-lebih lagi keterujaan yang terpancar di wajah para pelajar.

    Selain itu penganjuran aktiviti seumpamanya oleh pihak sekolah pastinya sangat dinanti-nantikan oleh mereka semua, tambahan pula ketika mengadakan lawatan sambil
    belajar ke tempat yang belum pernah dikunjungi.

    Menariknya, baru-baru ini Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah mengadakan lawatan sambil belajar yang melibatkan 144 orang pelajar Tahun 3 dan 15 orang guru sekolah berkenaan ke taman bunga di Rimba Garden Central (RGC), Rimba yang bertujuan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bercucuk tanam kepada para pelajar.

    Aktiviti yang dibuat di luar persekitaran sekolah itu sememangnya cukup signifikan bagi para pelajar kerana ia dapat membantu mereka dalam proses menimba ilmu yang tidak semestinya terhad kepada pembelajaraan secara teori di dalam kelas sahaja.

    Lantaran itu, dengan adanya aktiviti yang bermanfaat terhadap perkembangan anak-anak itu ia dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam mata pelajaran Sains tentang tanaman, selain mengenali pelbagai spesies bunga dan tumbuhan yang terdapat di RGC.

    Di samping menghargai keindahan ciptaan Tuhan dan mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap alam semula jadi, lawatan itu juga diharap dapat menimbulkan minat dalam kalangan para pelajar terhadap tumbuh-tumbuhan yang secara tidak langsung dapat mewujudkan keharmonian dan ketenangan dalam minda.

    Rombongan berkenaan diketuai oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dan dipimpin oleh Noorazizah Abas.

    Apa yang pasti, menerusi lawatan tersebut, para pelajar juga berpeluang untuk menimba pengalaman dan mengetahui teknik menanam menggunakan kaedah dan bahan yang dapat menghasilkan tanaman yang baik.

    Keterujaan dan keceriaan pelajar semasa mencuba menanam anak pokok yang dibimbing oleh kakitangan RGC semasa lawatan sambil belajar. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    Wajah ceria para pelajar dengan anak pokok yang dibawa pulang. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    Para pelajar dan guru-guru juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan berlatarbelakangkan tumbuh-tumbuhan di taman berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    Para pelajar dan guru SR YSHHB yang menyertai lawatan tersebut bergambar ramai di RGC, Rimba. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...