Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SRBL adakan majlis penghargaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang diberikan kepada murid-murid, Sekolah Rendah Bendahara Lama (SRBL) telah mengadakan majlis penghargaan yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.

    Majlis penghargaan bagi Balendran Balasingam, yang hadir selaku tetamu kehormat, itu turut dihadiri oleh murid-murid dan warga sekolah berkenaan serta wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

    Pada majlis itu, Guru Besar SRBL, Dayang Fatimah binti Haji Besar menyampaikan ucapan penghargaan kepada Balendran Balasingam yang seterusnya turut menyampaikan ucapan ringkas kepada warga sekolah berkenaan.

    Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Balendran Balansingam.

    Sumbangan yang diberikan berbentuk makanan harian yang diagihkan setiap hari dan air bertapis bagi murid-murid SRBL, yang dihasratkan untuk menyahut seruan kerajaan dalam memberikan bantuan kepada masyarakat.

    Ia juga dihasratkan agar murid-murid bermotivasi untuk belajar dan dapat menerima pelajaran dengan lebih baik lagi, sekali gus menaruh harapan supaya murid-murid akan menunjukkan prestasi pelajaran yang lebih baik secara berpanjangan.

    Dayang Fatimah dan wakil guru SRBL bergambar bersama Balendran Balasingam. – GAMBAR SERAHAN SRBL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda